Nabi SAW tidak menziarahi orang yang sakit melainkan selepas tiga hari

TEKS BAHASA ARAB

كان -صلى الله عليه وسلم- لا يعود مريضا إلا بعد ثلاث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW tidak menziarahi orang yang sakit melainkan selepas tiga hari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1717, hadis nombor 8633. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- قال: ((كان -صلى الله عليه وسلم- لا يعود مريضا إلا بعد ثلاث.)) [ه، أبو الشيخ في ((الأخلاق، ابن عساكر، ((الضعيفة))(145)].

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: ((Nabi SAW tidak menziarahi orang sakit melainkan selespas tiga hari.))
[Riwayat Ibn Majah di dalam Sunannya, Abu al-Shaykh di dalam al-Akhlak dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 145].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.