Nabi SAW tidak menceritakan sesuatu melainkan Baginda bercerita sambil tersenyum

TEKS BAHASA ARAB

كان أبو الدرداء لا يحدث بحديث إلا تبسم فيه، فقلت له: إني أخشى أن يحمقك الناس، فقال: "كان – صلى الله عليه وسلم – لا يحدث بحديث إلا تبسم".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW tidak menceritakan sesuatu melainkan Baginda bercerita sambil tersenyum.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis nombor 382. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم الدرداء – رضي الله عنها-، قالت: كان أبو الدرداء لا يحدث بحديث إلا تبسم فيه، فقلت له: إني أخشى أن يحمقك الناس، فقال: "كان – صلى الله عليه وسلم – لا يحدث بحديث إلا تبسم". [حم، ((الضعيفة)) (4239)].

(Lemah)
Daripada Ummu al-Darda’ RA beliau berkata: Abu Darda’ RA tidak menceritakan sesuatu kepada orang lain melainkan dalam keadaan tersenyum padanya. Lalu aku berkata kepadanya: "Aku bimbang orang ramai akan mengata kamu ini kurang akal’’. Kemudian beliau berkata: "Nabi SAW tidak menceritakan sesuatu melainkan Baginda bercerita sambil tersenyum".
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4239].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs