Nabi SAW ternampak Mus’ab bin ‘Umair datang

TEKS BAHASA ARAB

نظر النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى مصعب بن عمير مقبلا، وعليه إهاب كبش قد تنطق به، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((انظروا إلى هذا الرجل الذي قد نور الله قلبه، لقد رأيته بين أبوين يغذوانه بأطيب الطعام والشراب، ولقد رأيت عليه حلة شراها بمئتي درهم، فدعاه حب الله ورسوله إلى ما ترون)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW ternampak Mus’ab bin ‘Umair datang. Padanya ada kulit domba jantan yang telah dijadikan sebagai tali pinggangnya. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Lihatlah pada lelaki yang telah Allah campakkan cahaya pada hatinya ini. Aku lihat kedua ibubapanya telah berikannya makanan dan minuman terbaik. Aku nampak padanya pakaian yang kedua ibubapanya telah belikan dengan 200 dirham. Cinta kepada Allah dan rasul-Nya telah memanggilnya kepada apa yang kalian lihat dia berada.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1889, hadis nombor 9512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه -، قال: نظر النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى مصعب بن عمير مقبلا، وعليه إهاب كبش قد تنطق به، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((انظروا إلى هذا الرجل الذي قد نور الله قلبه، لقد رأيته بين أبوين يغذوانه بأطيب الطعام والشراب، ولقد رأيت عليه حلة شراها بمئتي درهم، فدعاه حب الله ورسوله إلى ما ترون)). [ حل، هب، ((الضعيفة)) (5195)].

(Lemah) Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA berkata: Nabi SAW ternampak Mus’ab bin ‘Umair datang. Padanya ada kulit domba jantan yang telah dijadikan sebagai tali pinggangnya. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Lihatlah pada lelaki yang telah Allah campakkan cahaya pada hatinya ini. Aku lihat kedua ibubapanya telah berikannya makanan dan minuman terbaik. Aku nampak padanya pakaian yang kedua ibubapanya telah belikan dengan 200 dirham. Cinta kepada Allah dan rasul-Nya telah memanggilnya kepada apa yang kalian lihat dia berada. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’ dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5195]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs