Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصَى عُمَرَ وَعَلِيًّا بِخِرْقَتِهِ لأُوَيْسٍ، وَأَنَّهُمَا سَلَّمَاهَا إِلَيْهِ، وَأَنَّهَا وَصَلَتْ إِلَيْهِمْ مَعَ أُوَيْسٍ وَهَلُمَّ جَرًّا.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW telah mewasiatkan Umar dan Ali dengan kain (al-Khirqah) baginda untuk Uwais dan bahawa mereka berdua telah menyerahkan kepadanya dan bahawa baju tersebut telah sampai kepada mereka bersama Uwais dan sebagainya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 269, hadis no. 475. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وكذا ما اشتهر بينهم من أن النبي صلى الله عليه وسلم أوصى عمر وعليا بخرقته لأويس، وأنهما سلماها إليه، وأنها وصلت إليهم مع أويس وهلم جرا. فلا أصل له أيضا.
Dan begitu juga apa yang masyhur antara mereka bahawa Nabi SAW telah mewasiatkan Umar dan Ali dengan kain (al-Khirqah) baginda untuk Uwais dan bahawa mereka berdua telah menyerahkan kepadanya dan bahawa baju tersebut telah sampai kepada mereka bersama Uwais dan sebagainya. Maka tiada asal baginya juga.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman