TEKS BAHASA ARAB
أن النبي – صلى الله عليه وسلم – خطب الناس فقال: ((يا أيها الناس! إن الله أمر موسى وهارون أن يتبوأ لقومهما بيوتا، وأمرهما أن لا يبيت في مسجدهما جنب، ولا يقربوا فيه النساء؛ إلا هارون وذريته. ولا يحل لأحد أن يعرن النساء في مسجدي هذا؛ ولا يبيت فيه جنب؛ إلا علي وذريته)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW telah menyampaikan khutbah di hadapan umat manusia: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah bagi kaum mereka, memerintahkan mereka agar orang berjunub tidak bermalam di masjid mereka berdua dan jangan mereka mendekati isteri-isteri; kecuali Harun dan zuriatnya. Dan tidak halal (tidak dibenarkan) untuk sesiapa juga menggauli isterinya di masjidku ini dan tidak boleh bermalam dalam keadaan berjunub kecuali Ali dan zuriatnya."
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1884, hadis nombor 9490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي رافع – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم – خطب الناس فقال: ((يا أيها الناس! إن الله أمر موسى وهارون أن يتبوأ لقومهما بيوتا، وأمرهما أن لا يبيت في مسجدهما جنب، ولا يقربوا فيه النساء؛ إلا هارون وذريته. ولا يحل لأحد أن يعرن النساء في مسجدي هذا؛ ولا يبيت فيه جنب؛ إلا علي وذريته)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4975)]
(Palsu) Daripada Abu Rafi’ RA: Nabi SAW telah menyampaikan khutbah di hadapan umat manusia: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah bagi kaum mereka, memerintahkan mereka agar orang berjunub tidak bermalam di masjid mereka berdua dan jangan mereka mendekati isteri-isteri; kecuali Harun dan zuriatnya. Dan tidak halal (tidak dibenarkan) untuk sesiapa juga menggauli isterinya di masjidku ini dan tidak boleh bermalam dalam keadaan berjunub kecuali Ali dan zuriatnya." [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4975]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.