Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا أيُّها النَّاسُ، إنَّ اللهَ أَمرَ موسى وَهارونَ أن يَتبوَّآ لِقَومِهما بيوتًا، وأَمرَهُما أنْ لا يَبيتَ في مَسجِدِهما جُنبٌ، وَلا يَقرَبوا فيهِ النِّساءَ- إلَّا هارونَ وذُرِّيَّتَه- وَلا يَحِلُّ لِأحدٍ أن يعرك النِّساءَ في مَسجِدي هذا، وَلا يَبيتَ فيه جُنبٌ، إلَّا عليٌّ وذُرِّيَّتُه.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW telah menyampaikan khutbah di hadapan umat manusia: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah bagi kaum mereka, memerintahkan mereka agar orang berjunub tidak bermalam di masjid mereka berdua dan jangan mereka mendekati isteri-isteri; kecuali Harun dan zuriatnya. Dan tidak halal (tidak dibenarkan) untuk sesiapa juga menggauli isterinya di masjidku ini dan tidak boleh bermalam dalam keadaan berjunub kecuali Ali dan zuriatnya."
Sahabat Perawi
- Abu Rafi’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1884, hadis no. 9490. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Rafi’ RA: Nabi SAW telah menyampaikan khutbah di hadapan umat manusia: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Musa dan Harun untuk menyediakan rumah-rumah bagi kaum mereka, memerintahkan mereka agar orang berjunub tidak bermalam di masjid mereka berdua dan jangan mereka mendekati isteri-isteri; kecuali Harun dan zuriatnya. Dan tidak halal (tidak dibenarkan) untuk sesiapa juga menggauli isterinya di masjidku ini dan tidak boleh bermalam dalam keadaan berjunub kecuali Ali dan zuriatnya." [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4975]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman