Nabi SAW telah mengutuskan perwakilan ke Yaman lalu Baginda melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua dan dia merupakan yang paling muda

TEKS BAHASA ARAB

بعث النبي صلى الله عليه وسلم وفدا إلى اليمن، فأمر عليهم أميرا منهم، وهو أصغرهم، فمكث أياما لم يسر، فلقي النبي صلى الله عليه وسلم رجلا منهم، فقال: " يا فلان! ما لك أما انطلقت؟ " قال: يا رسول الله! أميرنا يشتكي رجله. فأتاه النبي صلى الله عليه وسلم نفث عليه: " باسم الله وبالله، أعوذ بعزة الله وقدرته من شر ما فيها " (سبع مرات) . فبرأ الرجل. فقال له شيخ: يا رسول الله! أتؤمره علينا وهو أصغرنا؟ ! فذكر النبي صلى الله عليه وسلم قراءته للقرآن، فقال الشيخ: لولا أني أخاف أن أتوسده فلا أقوم به لتعلمته. فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: تعلمه – يعني القرآن – فإنما مثل القرآن كجراب ملأته مسكا موضوعا، كذلك مثل القرآن؛ إذا قرأته وكان في صدرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW telah mengutuskan perwakilan ke Yaman lalu Baginda melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua dan dia merupakan yang paling muda. Maka dia menetap selama beberapa hari tanpa keluar. Lalu Nabi bertemu salah seorang daripada mereka dan Baginda berkata: Wahai fulan! Apa yang membuatkan kamu belum bertolak lagi? Lalu dia menjawab: Wahai Rasulullah! Ketua kami mengadu perihal kakinya (yang sakit). Nabi SAW datang padanya dan meniup ke atasnya (sambil membaca): ‘Dengan nama Allah dan demi Allah aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan apa yang ada padanya’ sebanyak tujuh kali. Maka sembuhlah kaki tersebut. Kemudian seorang tua bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Adakah kamu benar-benar menjadikan dia sebagai ketua kami sedangkan dia merupakan yang paling muda dalam kalangan kami?! Lalu Nabi SAW menyebutkan perihal bacaannya (penguasaannya) terhadap al-Quran. Kemudian orang tua itu berkata: Kalaulah bukan kerana aku takut untuk menjadikannya sebagai bantal lalu aku tidak bangun maka nescaya aku akan mempelajarinya. Rasulullah SAW berkata: Belajarlah ia kerana sesungguhnya perumpamaan al-Quran seperti satu bekas yang kamu penuhkannya dengan kasturi. Begitu juga perumpamaan al-Quran apabila kamu membacanya dan ia berada di dalam dadamu.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1552, hadis nombor 7869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عَنْ عُثْمَانَ -رضي الله عنه-، قَالَ: بَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفْداً إِلَى الْيَمَنِ، فَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ أَمِيراً مِنْهُمْ، وَهُوَ أَصْغَرُهُمْ، فَمَكَثَ أَيَّاماً لَمْ يَسِرْ، فَلَقِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلاً مِنْهُمْ، فَقَالَ: ((يَا فُلَانُ! مَا لَكَ أَمَا انْطَلَقْتَ؟)) قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَمِيرُنَا يَشْتَكِي رِجْلَهُ. فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَفَثَ عَلَيْهِ: ((بِاسْمِ اللَّهِ وَبِاللَّهِ، أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرُّ مَا فِيهَا)) (سَبْعَ مَرَّاتٍ). فَبَرَأَ الرَّجُلُ. فَقَالَ لَهُ شَيْخٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَتُؤَمِّرُهَ عَلَيْنَا وَهُوَ أَصْغَرُنَا؟! فَذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِرَاءَتَهُ لِلْقُرْآنِ، فَقَالَ الشَّيْخُ: لَوْلَا أَنِّي أَخَافُ أَنْ أَتَوَسَّدَهُ فَلَا أَقُومُ بِهِ لَتَعَلَّمْتُهُ. فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((تَعَلَّمْهُ – يعني القرآنَ – فَإِنَّمَا مِثْلُ الْقُرْآنِ كَجِرَابٍ مَلَأْتَهُ مِسْكاً مَوْضُوعاً، كَذَلِكَ مَثَلُ الْقُرْآنِ؛ إِذَا قَرَأْتَهُ وكَانَ فِي صَدْرِكَ)) [طس، ((الضعيفة)) (6483)]

(Lemah)
Daripada Uthman RA, beliau berkata: Nabi SAW telah mengutuskan perwakilan ke Yaman lalu Baginda melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua dan dia merupakan yang paling muda. Maka dia menetap selama beberapa hari tanpa keluar. Lalu Nabi bertemu salah seorang daripada mereka dan Baginda berkata: Wahai fulan! Apa yang membuatkan kamu belum bertolak lagi? Lalu dia menjawab: Wahai Rasulullah! Ketua kami mengadu perihal kakinya (yang sakit). Nabi SAW datang padanya dan meniup ke atasnya (sambil membaca): ‘Dengan nama Allah dan demi Allah aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan apa yang ada padanya’ sebanyak tujuh kali. Maka sembuhlah kaki tersebut. Kemudian seorang tua bertanya kepada baginda: Wahai Rasulullah! Adakah kamu benar-benar menjadikan dia sebagai ketua kami sedangkan dia merupakan yang paling muda dalam kalangan kami?! Lalu Nabi SAW menyebutkan perihal bacaannya (penguasaannya) terhadap al-Quran. Kemudian orang tua itu berkata: Kalaulah bukan kerana aku takut untuk menjadikannya sebagai bantal lalu aku tidak bangun maka nescaya aku akan mempelajarinya. Rasulullah SAW berkata: Belajarlah ia kerana sesungguhnya perumpamaan al-Quran seperti satu bekas yang kamu penuhkannya dengan kasturi. Begitu juga perumpamaan al-Quran apabila kamu membacanya dan ia berada di dalam dadamu.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6483]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs