Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عثني النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي برزة الأسلامي: فقال له وأنا أسمع ((يا أبا بَرْزَةَ ! إن ربَّ العالمينَ عَهِد إليَّ عهدًا في عليِّ بنِ أبي طالبٍ ؛ فقال : إنه رايةُ الهُدَى، ومَنارُ الإيمانِ، وإمامُ أوليائي، ونورُ جميعِ من أطاعني . يا أبا بَرْزَةَ ! عليُّ بنُ أبي طالبٍ أَمِيني غدًا يومَ القيامةِ، وصاحبُ رايتي في القيامةِ، عليٌّ مَفاتيحُ خزائنِ رحمةِ ربي)).
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW telah mengutuskan aku kepada Abu Barzah al-Aslamiy. Baginda bersabda kepadanya (Abu Barzah) dan aku mendengar “Wahai Abu Barzah! Sesungguhnya Tuhan sekalian alam telah menjanjikan sesuatu denganku tentang Ali bin Abi Thalib. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Ali ialah panji petunjuk, petanda keimanan, ketua para waliku dan cahaya bagi semua yang mentaatiku. Wahai Abu Barzah! Ali bin Abi Thalib ialah penjagaku pada hari kiamat kelak, pemilik panjiku di hari kiamat dan ‘Ali ialah kunci khazanah-khazanah rahmat Tuhanku.”
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1883, hadis no. 9485. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - قال: بعثني النبي صلى الله عليه وسلم إلى أبي برزة الأسلامي: فقال له وأنا أسمع ((يا أبا برزة! إنّ ربّ العالمين عَهِدَ إليَّ عهداً في علي بن أبي طالبٍ؛ فقال: إنّه رايةُ الهدى، ومنارُ الإيمانِ، وإمام أوليائي، ونورُ جميع مَنْ أطاعَني. يا أبا برزةَ! عليّ بن أبي طالب أميني غداً يومَ القيامةِ، وصاحبُ رايتي في القيامة، علي مفاتيحُ خَزَائِنِ رحمةِ ربّي)). [ عد، حل، ((الضعيفة)) (4888)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA katanya: Nabi SAW telah mengutuskan aku kepada Abu Barzah al-Aslamiy. Baginda bersabda kepadanya (Abu Barzah) dan aku mendengar “Wahai Abu Barzah! Sesungguhnya Tuhan sekalian alam telah menjanjikan sesuatu denganku tentang Ali bin Abi Thalib. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Ali ialah panji petunjuk, petanda keimanan, ketua para waliku dan cahaya bagi semua yang mentaatiku. Wahai Abu Barzah! Ali bin Abi Thalib ialah penjagaku pada hari kiamat kelak, pemilik panjiku di hari kiamat dan ‘Ali ialah kunci khazanah-khazanah rahmat Tuhanku.” [Riwayat Ibn ‘Adi, Abu Nu’aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4888]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman