Tidak diketahui baginya asal

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW telah berkata kepada Jibril: Adakah matahari sudah tergelincir?

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: قَالَ لجبريل: هَل زَالَت الشَّمْس؟ قَالَ: لَا، نعم. قَالَ: كَيفَ قلت: لَا، نعم! ؟ قَالَ: من حَيْثُ قلت: لَا، إِلَى أَن قلت: نعم، سَارَتْ الشَّمْس مسيرَة خَمْسمِائَة عَام.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Nabi SAW telah berkata kepada Jibril: Adakah matahari sudah tergelincir? Kata Jibril: Tidak, ya. Baginda bersabda: Bagaimana engkau katakan tidak, ya? Lalu Jibril berkata: Sejak aku kata tidak hinggalah aku kata ya, bergeraklah matahari sejauh perjalanan lima ratus tahun.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak diketahui baginya asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 131, hadis no. 366. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: لم يعرف له أصل.

Ali Qari berkata: Tiada diketahui asalnya.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.