Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW telah berjalan keluar dari rumahnya sehingga sampai ke tiang masjid

Teks Bahasa Arab

خرج النبي ﷺ من بيته، حتى انتهى إلى صرح المسجد فنادى بأعلى صوته: (( إنه لا يَحِلُّ المسجدُ لجُنُبٍ ولا حائضٍ؛ إلا لمُحَمَّدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم وأزواجِهِ، وعليٍّ وفاطمةَ بنتِ مُحَمَّدٍ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم. أَلَا! هل بَيَّنْتُ لكم الأسماءَ أن تَضِلُّوا)).

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW telah (berjalan) keluar dari rumahnya sehingga sampai ke tiang masjid. Kemudian baginda menyeru dengan suaranya yang paling kuat: “Sesungguhnya Allah tidak menghalalkan masjid ini (untuk dimasuki) oleh orang yang berjunub dan haid, kecuali kepada Muhammad SAW, para isterinya, ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW. Ingatlah! Bukankah aku telah nyatakan kepada kalian semua nama-nama supaya kamu tidak akan sesat.”

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1864, hadis no. 9405. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سلمة -رضي الله عنها-، قالت: خرج النبي ﷺ من بيته، حتى انتهى إلى صرح المسجد فنادى بأعلى صوته: «إنه لا يحل المسجد لجنب ولا حائض؛ إلا لمحمد ﷺ وأزواجه، وعلي وفاطمة بنت محمد ﷺ. ألا! هل بينت لكم الأسماء أن تضلوا». [ابن عساکر، «الضعيفة» (٤٩٧٣)].

(Palsu) Daripada Ummu Salamah RA, berkata: Nabi SAW telah (berjalan) keluar dari rumahnya sehingga sampai ke tiang masjid. Kemudian baginda menyeru dengan suaranya yang paling kuat: “Sesungguhnya Allah tidak menghalalkan masjid ini (untuk dimasuki) oleh orang yang berjunub dan haid, kecuali kepada Muhammad SAW, para isterinya, ‘Ali dan Fatimah binti Muhammad SAW. Ingatlah! Bukankah aku telah nyatakan kepada kalian semua nama-nama supaya kamu tidak akan sesat.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4973]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.