Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW telah bercelak dengan al-Ismid (sejenis celak) sedangkan dia dalam keadaan berpuasa

Teks Bahasa Arab

كانصلى الله عليه وسلم يكتحلُ بإثمِدٍ وهو صائمٌ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW telah bercelak dengan al-Ithmid (sejenis celak) sedangkan baginda dalam keadaan sedang berpuasa.

Sahabat Perawi

  1. Abu Rafi’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1135, hadis no. 5727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي رافع -رضي الله عنه-، قال: ((كان صلى الله عليه وسلم يكتحل بالإثمد وهو صائم)). [ابن خزيمة، ((الضعيفة)) (1541)]

(Lemah) Daripada Abu Rafi’ RA, katanya: Nabi SAW telah bercelak dengan al-Ithmid (sejenis celak) sedangkan baginda dalam keadaan sedang berpuasa. [Riwayat Ibn Khuzaymah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 1541]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.