Nabi SAW suka untuk berbuka puasa dengan memakan tiga biji tamar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان ﷺ يحب أن يفطر على ثلاث تمرات، أو شيء لم تصبه النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW suka untuk berbuka puasa dengan memakan tiga biji tamar ataupun apa saja yang tidak terkena api (yang tidak dimasak).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis nombor 5699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس -رضي الله عنه- قال: «كان ﷺ يحب أن يفطر على ثلاث تمرات، أو شيء لم تصبه النار». [عق، ع، الضياء، «الضعيفة» (996)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA telah berkata: "Nabi SAW suka untuk berbuka puasa dengan memakan tiga biji tamar ataupun apa saja yang tidak terkena api (yang tidak dimasak)."
[Riwayat al-‘Uqayli dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Musnad Abi Ya’la dan al-Dhiya dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 996].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.