Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ يُحِبُّ أن يُفْطِرَ على ثلاثِ تَمْراتٍ، أو شيءٍ لم تُصِبْهُ النارُ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW suka untuk berbuka puasa dengan memakan tiga biji tamar ataupun apa saja yang tidak terkena api (yang tidak dimasak).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis no. 5699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- قال: «كان ﷺ يحب أن يفطر على ثلاث تمرات، أو شيء لم تصبه النار». [عق، ع، الضياء، «الضعيفة» (996)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA telah berkata: "Nabi SAW suka untuk berbuka puasa dengan memakan tiga biji tamar ataupun apa saja yang tidak terkena api (yang tidak dimasak)." [Riwayat al-‘Uqayli dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Musnad Abi Ya’la dan al-Dhiya dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 996].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman