Nabi SAW membaca setelah mengangkat takbir dan mengucapkan doa

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول بعد التكبير وبعد أن يقول: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفا مسلما -: اللهم لك الحمد أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن، أنت الحق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW membaca setelah mengangkat takbir dan mengucapkan doa: Saya menghadapkan wajah saya kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan tidak syirik dan berserah diri. Baginda akan membaca: Wahai Allah, Engkau adalah cahaya langit, bumi serta isinya, Engkau benar…

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1067, hadis nombor 5445. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: كان يقول بعد التكبير وبعد أن يقول: وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفًا مسلمًا : اللهم! لك الحمد، أنت نور السماوات والأرض ومن فيهن، أنت الحق… [طب، الضعيفة (5378)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas ra, beliau menceritakan: Nabi SAW setelah mengangkat takbir dan mengucapkan doa: Saya menghadapkan wajah saya kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dalam keadaan tidak syirik dan berserah diri. Baginda akan membaca: Wahai Allah, Engkau adalah cahaya langit, bumi serta isinya, Engkau benar… [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (5378)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs