Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW selalu memerintahkan untuk ditanam darah apabila Baginda berbekam

Teks Bahasa Arab

كَانَ - صَلَى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَم - يَأمُرُ بِدَفْنِ الدَّمِ إِذَا احْتَجَمَ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW selalu memerintahkan untuk ditanam darah apabila Baginda berbekam.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Sa’ad RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1184, hadis no. 6006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أم سعد امرأة زيد بن ثابت - رضي الله عنهما -، قالت: كان - صلى الله عليه وسلم - يأمر بدفن الدم إذا احتجم. [طس، ابن منده، ((الضعيفة)) (6327)]

(Palsu) Daripada Ummu Sa’ad (isteri Zaid bin Thabit RA) telah berkata: Nabi SAW selalu memerintahkan untuk ditanam darah apabila Baginda berbekam. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6327]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.