Batil

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW selalu berwuduk kerana hadas dan kerana menyakiti orang muslim

Teks Bahasa Arab

كان يتوضأُ من الحَدَثِ، ومِن أَذَى المسلمِ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW selalu berwuduk kerana hadas dan kerana menyakiti orang muslim.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1204, hadis no. 6115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يتوضأ من الحدث، ومن أذى المسلم. [الرافعي،((الضعيفة)) (3288)]

(Batil) Daripada Anas RA: Bahawa Nabi SAW selalu berwuduk kerana hadas dan kerana menyakiti orang muslim. [Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3288]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.