Nabi SAW pernah solat di tempat pembuangan air kecil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: "أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي فِي الموضع الَّذِي يَبُولُ فِيهِ الْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَقَالَتْ لَهُ عَائِشَةُ: أَلا نَخُصُّ لَكَ مَوْضِعًا مِنَ الْحُجْرَةِ أَنْظَفَ مِنْ هَذَا؟ فَقَالَ: يَا حُمَيْرَاءُ أَمَا عَلِمْتِ أَنَّ الْعَبْدَ إِذَا سَجَدَ لِلَّهِ سَجْدَةً طَهَّرَ اللَّهُ مَوْضِعَ سُجُودِهِ إِلَى سَبْعِ أَرَضِينَ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Nabi SAW pernah solat di tempat pembuangan air kecil al-Hasan dan al-Husain RA. A’isyah berkata kepada Nabi SAW: Tidakkah kami khususkan bagi tuan tempat khusus di bilik yang lebih bersih dari ini. Nabi SAW berkata: Wahai Humaira’ tidakkah engkau tahu seorang hamba apabila sujud kepada Allah SWT dengan sujudnya, Allah SWT akan menyucikan tempat sujudnya sehingga tujuh lapisan bumi.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 22, hadis nombor 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا وقد تفرد به بزيع بن [حسان أبو] الخليل وهو متروك. وقال ابن حبان: يأتي عن الثقات بأشياء موضوعات كأنه المتعمد لها. وقد أخرجه الطبراني من طريق أخرى وضعفها

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu’ (yang disandarkan kepada nabi) Abu Bazi’ bin Hassan Abu al-Khalil dihukumkan sebagai matruk. Ibn ‘Hibban berkata: Beliau mendatangkan dari perawi thiqah dengan hadith-hadith palsu seakan-akan beliau melakukannya dengan sengaja. Al-Tabarani meriwayatkan hadith daripada jalan lain namun beliau menilainya sebagai dhaif.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon