Nabi SAW pernah mendirikan solat di rumah Ummu Salamah, tiba-tiba ‘Abdullah atau ‘Umar bin Abi Salamah lalu di hadapan baginda

TEKS BAHASA ARAB

هن أغلب

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mereka ini (golongan perempuan) adalah lebih degil.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 300, hadis nombor 1588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم سلمة – رضي الله عنها -، قالت: كان النبي – صلى الله عليه وسلم – يصلي في حجرة أم سلمة، فمر بين يديه عبد الله – أو عمر – بن أبي سلمة، فقال بيده، فرجع، فمرت زينب بنت أم سلمة، فقال بيده هكذا، فمضت! فلما صلى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: ((هن أغلب)).
[ه، حم، ((الضعيفة)) (4743)]

(Lemah) Daripada Ummu Salamah RA beliau berkata: Nabi SAW pernah mendirikan solat di rumah Ummu Salamah, tiba-tiba ‘Abdullah atau ‘Umar bin Abi Salamah lalu di hadapan baginda. Lalu baginda menghalangnya dengan tangan baginda yang membuatkan dia (‘Umar) pun berpatah balik semula. Kemudian Zainab binti Ummu Salamah pula lalu di hadapan (Rasulullah) dan baginda menghalangnya dengan tangan; namun Zainab tetap terus melintas di hadapan baginda. Sebaik sahaja baginda selesai solat, baginda berkata: Mereka ini (golongan perempuan) adalah lebih degil.
[Riwayat Sunan Ibn Majah dan Musnad Ahmad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4743]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs