Nabi SAW pernah duduk bersama para sahabat Baginda selepas solat Maghrib. Tiba-tiba ada sekumpulan manusia melintas

TEKS BAHASA ARAB

كان النبي صلى الله عليه وسلم قاعدًا بعد المغرب ومعه أصحابه إذ مرت به رفقة يسيرون سائقهم يقرأ وقائدهم يحدو فلما رآهم رسول الله صلى الله عليه وسلم، قام يهرول بغير رداء فقالوا: يا رسول الله نكفيك فقال: دعوني أبلغهم ما أوحي إلي في أمرهم. فلحقهم فقال: أين تريدون في هذه الساعة؟ فإن لله في السماء سلطانًا عظيمًا يوجهه إلى الأرض فلا تسيروا ولا خطوة إلا ما يجد الرجل في بطنه ومثانته من البول الذي لا يجد منه بدًا ثم ولا خطوة، وأما أنت يا سائق القوم فعليك ببعض كلام العرب من رجزها وإذا كنت راكبًا فاقرأ وعليكم بالدُلجة فإن لله عز وجل ملائكة موكلين يطوون الأرض للمسافر كما تطوى القراطيس وبعد الصبح يحمد القوم السرى ولا يصحبنكم شاعر ولا كاهن ولا يصحبنكم ضالة ولا تردوا سائلا إن أردتم الربح والسلامة وحسن الصحابة فعجب لي كيف أنام حين تنام العيون كلها فإن الله ورسوله ينهاكم عن المسير في هذه الساعة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW pernah duduk bersama para sahabat Baginda selepas solat Maghrib. Tiba-tiba ada sekumpulan manusia melintas. Orang yang di atas unta membacakan sesuatu, dan ketua mereka mendorong unta. Apabila Nabi SAW melihat mereka, Baginda bergegas mengejar mereka tanpa selempang. Para sahabat lain berkata: Wahai Rasulullah, cukuplah kami sahaja. Baginda berkata: Biarkan aku menyampaikan berita yang Allah wahyukan kepada aku berkenaan urusan mereka itu. Baginda berjaya mendapatkan mereka, lalu Baginda bertanya: Ke manakah tuan-tuan mahu pergi pada waktu ini? Sesungguhnya Allah memiliki kekuasaan yang agung di langit menghadap ke bumi, maka janganlah kamu berjalan walaupun selangkah kecuali jika seseorang itu tidak tahan mahu membuang air. Jika tidak, jangan berjalan walaupun selangkah. Kamu, wahai yang di atas unta, bacalah puisi-puisi Arab. Jika kamu mengendarai, maka bacalah ia. Hendaklah kalian bertolak pada lewat malam, kerana Allah menghantar para malaikat untuk melipatkan bumi bagi para musafir, sebagaimana kertas dilipat. Selepas subuh pula, orang-orang yang bertolak akan dipuji. Janganlah kalian membawa penyair, bomoh dan janganlah haiwan yang hilang mengiringi kalian. Janganlah kamu menolak orang yang memerlukan jika kamu mahukan keuntungan, keselamatan dan sahabat yang baik. Sesungguhnya aku hairan, bagaimana aku boleh tidur tatkala mata-mata lain sedang tertidur kerana memikirkan Allah dan Rasul-Nya telah melarang kamu daripada berjalan pada waktu ini.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1115, hadis nombor 5636. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم قاعدًا بعد المغرب ومعه أصحابه إذ مرت به رفقة يسيرون سائقهم يقرأ وقائدهم يحدو فلما رآهم رسول الله صلى الله عليه وسلم، قام يهرول بغير رداء فقالوا: يا رسول الله نكفيك فقال: دعوني أبلغهم ما أوحي إلي في أمرهم. فلحقهم فقال: أين تريدون في هذه الساعة؟ فإن لله في السماء سلطانًا عظيمًا يوجهه إلى الأرض فلا تسيروا ولا خطوة إلا ما يجد الرجل في بطنه ومثانته من البول الذي لا يجد منه بدًا ثم ولا خطوة، وأما أنت يا سائق القوم فعليك ببعض كلام العرب من رجزها وإذا كنت راكبًا فاقرأ وعليكم بالدُلجة فإن لله عز وجل ملائكة موكلين يطوون الأرض للمسافر كما تطوى القراطيس وبعد الصبح يحمد القوم السرى ولا يصحبنكم شاعر ولا كاهن ولا يصحبنكم ضالة ولا تردوا سائلا إن أردتم الربح والسلامة وحسن الصحابة فعجب لي كيف أنام حين تنام العيون كلها فإن الله ورسوله ينهاكم عن المسير في هذه الساعة. [طس، الضعيفة (6847)].

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan: Nabi SAW pernah duduk bersama para sahabat Baginda selepas solat Maghrib. Tiba-tiba ada sekumpulan manusia melintasi. Orang yang di atas unta membacakan sesuatu, dan ketua mereka mendorong unta. Apabila Nabi SAW melihat mereka, Baginda bergegas mengejar mereka tanpa selempang. Para sahabat lain berkata: Wahai Rasulullah, cukuplah kami sahaja. Baginda berkata: Biarkan aku menyampaikan berita yang Allah wahyukan kepada aku berkenaan urusan mereka itu. Baginda berjaya mendapatkan mereka, lalu Baginda bertanya: Ke manakah tuan-tuan mahu pergi pada waktu ini? Sesungguhnya Allah memiliki kekuasaan yang agung di langit menghadap ke bumi, maka janganlah kamu berjalan walaupun selangkah kecuali jika seseorang itu tidak tahan mahu membuang air. Jika tidak, jangan berjalan walaupun selangkah. Kamu, wahai yang di atas unta, bacalah puisi-puisi Arab. Jika kamu mengendarai, maka bacalah ia. Hendaklah kalian bertolak pada lewat malam, kerana Allah menghantar para malaikat untuk melipatkan bumi bagi para musafir, sebagaimana kertas dilipat. Selepas subuh pula, orang-orang yang bertolak akan dipuji. Janganlah kalian membawa penyair, bomoh dan janganlah haiwan yang hilang mengiringi kalian. Janganlah kamu menolak orang yang memerlukan jika kamu mahukan keuntungan, keselamatan dan sahabat yang baik. Sesungguhnya aku hairan, bagaimana aku boleh tidur tatkala mata-mata lain sedang tertidur kerana memikirkan Allah dan Rasul-Nya telah melarang kamu daripada berjalan pada waktu ini. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6847]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs