Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW pernah berperang dengan (bantuan) kaum Yahudi lalu baginda memberi bahagian (harta ghanimah)

Teks Bahasa Arab

كانَ يغزو باليَهودِ فَيسهِمُ لَهُم كسِهامِ المُسلمينَ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW pernah berperang dengan (bantuan) kaum Yahudi lalu baginda memberi bahagian (harta ghanimah) untuk mereka seperti pembahagian kaum muslimin.

Sahabat Perawi

  1. al-Zuhri

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 816, hadis no. 4200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزهري: أن النبي -صلى الله عليه وسلم-: كان يغزو باليهود فيسهم لهم كسهام المسلمين. [عب، ش، ت، أبو داود في ((المراسيل))، هق، ((الضعيفة)) (6091)].

(Lemah) Daripada al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah berperang dengan (bantuan) kaum Yahudi lalu baginda memberi bahagian (harta ghanimah) untuk mereka seperti pembahagian kaum muslimin. [Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannaf, Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf, al-Tirmizi dalam Sunan, Abu Daud dalam al-Marasil, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6091]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.