TEKS BAHASA ARAB
صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تصافح هذا الصابئ؟ فقال: إني لأعلم أنه لنبي ولكن متى كنا تبعا لبني عبد مناف؟ قال: فنزلت {فإنهم لا يكذبونك ولكن الظالمين بآيات الله يجحدون}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW pernah berjabat tangan dengan Abu Jahal. Ada orang bertanya kepada Abu Jahal: Kamu bersalaman dengan seorang lelaki yang berpaling daripada agama ini? Abu Jahal berkata: Sesungguhnya aku juga tahu bahawa dia adalah seorang Nabi. Namun bila kita mengikut Bani Abdul Manaf? Maka turunlah ayat: {Mereka tidaklah mendustakanmu, tetapi orang-orang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah}. [Surah al-An‘am: 33]
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1114, hadis nombor 5635. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي يزيد المدني أن النبي صلى الله عليه وسلم صافح أبا جهل. فقيل لأبي جهل: تُصَافِحُ هَذَا الصَّابِئَ؟ فَقَالَ: إِنِّي لأَعْلَمُ أَنَّهُ لَنَبِيٌّ وَلَكِنْ مَتَى كُنَّا تَبَعًا لِبَنِي عَبْدِ مَنَافٍ؟ قال: فنزلت {فَإِنَّهُمۡ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَٰكِنَّ ٱلظَّٰلِمِينَ بَِٔايَٰتِ ٱللَّهِ يَجۡحَدُونَ} (الأنعام:٣٣). [ابن أبي حاتم في التفسير، ابن بطة، الضعيفة (6905)].
(Lemah) Daripada Abu Yazid al-Madani, bahawa Nabi SAW pernah berjabat tangan dengan Abu Jahal. Ada orang bertanya kepada Abu Jahal: Kamu bersalaman dengan seorang lelaki yang berpaling daripada agama ini? Abu Jahal berkata: Sesungguhnya aku juga tahu bahawa dia adalah seorang Nabi. Namun bila kita mengikut Bani Abdul Manaf? Maka turunlah ayat: {Mereka tidaklah mendustakanmu, tetapi orang-orang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah}. [Surah al-An‘am: 33] [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir, riwayat Ibn Battah dalam al-Ibanah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6905]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.