Nabi SAW pernah berdoa pada tengah malam: Wahai Allah, mata-mata telah tertidur, dan bintang-bintang sudah menghilang

TEKS BAHASA ARAB

كان النبي صلى الله عليه وسلم يقول في جوف الليل: اللهم نامت العيون وغارت النجوم وأنت الحي القيوم لا يواري منك ليل ساج ولا سماء ذات أبراج ولا أرض ذات مهاد ولا بحر لجي ولا ظلمات بعضها فوق بعض تعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور اللهم إني أشهد لك بما شهدت به على نفسك، وشهدت به ملائكتك وأنبياؤك وأولو العلم ومن لم يشهد بما شهدت به فاكتب شهادتي مكان شهادته،أنت السلام ومنك السلام تباركت ذا الجلال والإكرام اللهم إني أسألك فكاك رقبتي من النار

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW pernah berdoa pada tengah malam: Wahai Allah, mata-mata telah tertidur, dan bintang-bintang sudah menghilang. Sedangkan Engkau Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri. Malam yang tenang, langit yang berbintang, bumi yang terbentang, laut yang dalam dan kegelapan yang berlapis-lapis semuanya tidak tersembunyi daripada-Mu. Engkau mengetahui mata yang khianat dan rahsia dalam hati. Ya Allah, aku bersaksi dengan apa yang Engkau persaksikan ke atas-Mu, para malaikat-Mu, para anbia-Mu dan para ulama-Mu persaksikan buat diri-Mu. Sesiapa yang tidak bersaksi dengan persaksian-Mu itu, maka tuliskan persaksianku pada tempat persaksiannya. Engkau-lah kesejahteraan, daripada-Mu-lah kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, Yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Ya Allah, aku memohon agar Engkau bebaskan diriku daripada api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1118, hadis nombor 5651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه قال: كان النبي صلى الله عليه وسلم يقول في جوف الليل: اللهم نامت العيون وغارت النجوم وأنت الحي القيوم لا يواري منك ليل ساج ولا سماء ذات أبراج ولا أرض ذات مهاد ولا بحر لجي ولا ظلمات بعضها فوق بعض تعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور اللهم إني أشهد لك بما شهدت به على نفسك، وشهدت به ملائكتك وأنبياؤك وأولو العلم ومن لم يشهد بما شهدت به فاكتب شهادتي مكان شهادته،أنت السلام ومنك السلام تباركت ذا الجلال والإكرام اللهم إني أسألك فكاك رقبتي من النار. [ابن أبي الدنيا في التهجد، فر، الضعيفة (6731)].

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata :Nabi SAW pernah berdoa pada tengah malam: Wahai Allah, mata-mata telah tertidur, dan bintang-bintang sudah menghilang. Sedangkan Engkau Maha Hidup, Maha Berdiri Sendiri. Malam yang tenang, langit yang berbintang, bumi yang terbentang, laut yang dalam dan kegelapan yang berlapis-lapis semuanya tidak tersembunyi daripada-Mu. Engkau mengetahui mata yang khianat dan rahsia dalam hati. Ya Allah, aku bersaksi dengan apa yang Engkau persaksikan ke atas-Mu, para malaikat-Mu, para nabi-Mu dan para ulama-Mu persaksikan buat diri-Mu. Sesiapa yang tidak bersaksi dengan persaksian-Mu itu, maka tuliskan persaksianku pada tempat persaksiannya. Engkau-lah kesejahteraan, daripada-Mu-lah kesejahteraan. Maha Berkat Engkau, Yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Ya Allah, aku memohon agar Engkau bebaskan diriku daripada api neraka. [Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tahajjud, riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6731]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs