TEKS BAHASA ARAB
كان يتختم في يمينه ويقول: اليمين أحق بالزينة من الشمال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW menyarung cincin di tangan kanan Baginda. Baginda bersabda: Tangan kanan lebih berhak diletakkan hiasan berbanding tangan kiri.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1066, hadis nombor 5438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان يتختم في يمينه ويقول: اليمين أحق بالزينة من الشمال. [أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، الضعيفة (5408)]
(Lemah) Daripada ‘A’ishah RA, beliau menyebut: Nabi SAW menyarung cincin di tangan kanan Baginda. Baginda bersabda: Tangan kanan lebih berhak diletakkan hiasan berbanding tangan kiri. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5408)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.