Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW menyarung cincin di tangan kanan Baginda

Teks Bahasa Arab

كان يتختَّم في يمينِه ويقول: اليمينُ أحقُّ بالزينةِ من الشِّمالِ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW menyarung cincin di tangan kanan Baginda. Baginda bersabda: Tangan kanan lebih berhak diletakkan hiasan berbanding tangan kiri.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1066, hadis no. 5438. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها، قالت: كان يتختم في يمينه ويقول: اليمين أحق بالزينة من الشمال. [أبو الشيخ في أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم، الضعيفة (5408)]

(Lemah) Daripada ‘A’ishah RA, beliau menyebut: Nabi SAW menyarung cincin di tangan kanan Baginda. Baginda bersabda: Tangan kanan lebih berhak diletakkan hiasan berbanding tangan kiri. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5408)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.