Nabi SAW menyaksikan bersama orang-orang musyrikin

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كان يشهد مع المشركين مشاهدهم، فسمع ملكين، أحدهما يقول لصاحبه: اذهب حتى تقوم خلفه، فقال الآخر: كيف أقوم خلفه وعهده باستلام الأصنام؟ فلم يشهدهم بعد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nabi SAW menyaksikan bersama orang-orang musyrikin apa yang disaksikan mereka, lalu Baginda mendengar malaikat, salah satunya berkata kepada sahabatnya: Pergilah sehingga kamu berdiri di belakangnya, berkata malaikat satu lagi: Bagaimana aku boleh berdiri di belakangnya sedangkan dia baru sahaja menyentuh berhala? Kemudian Nabi SAW tidak lagi menyaksikan bersama mereka selepas itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 138, hadis nombor 388. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أنكره أحمد بن حنبل جدا وقال: موضوع أو شبيه بالموضوع، وقال غيره: منكر.

Imam Ahmad sangat mengingkari hadith ini, seraya berkata: Palsu, atau seakan palsu. Ulama lain mengatakan: Munkar.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs