Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: كَانَ يشْهد مَعَ الْمُشْركين مشاهدهم، فَسمع ملكَيْنِ، أَحدهمَا يَقُول لصَاحبه: اذْهَبْ حَتَّى تقوم خَلفه، فَقَالَ الآخر: كَيفَ أقوم خَلفه وَعَهده باستلام الْأَصْنَام؟ فَلم يشهدهم بعد.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Nabi SAW menyaksikan bersama orang-orang musyrikin apa yang disaksikan mereka, lalu Baginda mendengar malaikat, salah satunya berkata kepada sahabatnya: Pergilah sehingga kamu berdiri di belakangnya, berkata malaikat satu lagi: Bagaimana aku boleh berdiri di belakangnya sedangkan dia baru sahaja menyentuh berhala? Kemudian Nabi SAW tidak lagi menyaksikan bersama mereka selepas itu.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 138, hadis no. 388. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
أنكره أحمد بن حنبل جدا وقال: موضوع أو شبيه بالموضوع، وقال غيره: منكر.
Imam Ahmad sangat mengingkari hadis ini, seraya berkata: Palsu, atau seakan palsu. Ulama lain mengatakan: Munkar.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman