Daif

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW menutup kepala ketika masuk ke dalam tandas

Teks Bahasa Arab

أن النبي - صلى الله عليه وسلم - كان إذا دخل الخلاء غطى رأسه، وإذا أتى أهله غطى رأسه.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas, Baginda akan menutup kepala Baginda. Dan apabila Baginda mendatangi isteri juga Baginda akan menutup kepalanya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis no. 374. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها -: ((أن النبي - صلى الله عليه وسلم - كان إذا دخل الخلاء غطى رأسه، وإذا أتى أهله غطى رأسه)). [أبو نعيم، هق، أبو الحسن النعالي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (4192)].

(Daif) Daripada A’isyah RA: Sesungguhnya Nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas, Baginda akan menutup kepala Baginda. Dan apabila Baginda mendatangi isteri juga Baginda akan menutup kepalanya. [Riwayat Abu Nu’aym, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dan Abu al-Hasan al-Na’ali dalam Hadis beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4192].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.