Nabi SAW menunaikan solat Zohor di al-Sahba'

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي ﷺ صلى الظهر بـ(الصهباء)، ثم أرسل علياً -عليه السلام- في حاجة، فرجع وقد صلى النبي ﷺ العصر، فوضع النبي ﷺ رأسه في حجرعلي فنام، فلم يحركه حتى غابت الشمس، فقال النبي ﷺ: «اللهم إن عبدك علياً احتبس نفسه عن نبيك، فرد عليه شرقها». قالت أسماء: فطلعت الشمس حتى وقعت على الجبال، وعلى الأرض، ثم قام علي فتوضأ وصلى العصر، ثم غابت، وذلك في (الصهباء). (وفي رواية): كان رسول اللہ ﷺ يوحى إليه ورأسه في حجر علي، فلم يصل العصر حتى غربت الشمس، فقال رسول اللہ ﷺ: «صليت يا علي؟» قال: لا، فقال رسول الله ﷺ: «اللهم إنه كان في طاعتك وطاعة رسولك فاردد عليه الشمس». قالت أسماء، فرأيتها غربت، ثم رأيتها طلعت بعدما غريت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW menunaikan solat Zohor di al-Sahba’. Kemudian baginda mengutuskan ‘Ali untuk sesuatu hajat. Ketika dia pulang semula, Nabi SAW telah pun menunaikan solat Asar. Kemudian Nabi SAW meletakkan kepalanya pada riba ‘Ali lalu tidur. ‘Ali langsung tidak menggerakkan ribanya sehinggalah matahari mula tenggelam. Nabi SAW berdoa: “Ya Allah, hambamu ‘Ali melindungi Nabi-Mu dengan dirinya, kembalikanlah matahari ke timur semula (supaya ‘Ali RA sempat menunaikan solat Asar)." Asma’ berkata, matahari terangkat balik ke atas bukit dan ‘Ali segera berwuduk lalu menunaikan solat Asar. Selepas itu matahari terbenam semula. Ini berlaku di al-Sahba’. Dalam riwayat lain: Rasulullah SAW telah diwahyukan kepadanya ketika kepalanya di atas riba ‘Ali. ‘Ali tidak menunaikan solat Asar sehingga terbenam matahari. Rasulullah SAW bertanya (kepada ‘Ali): "Adakah engkau sudah solat wahai ‘Ali?" Jawabnya: "Belum lagi." Maka Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya dia berada dalam ketaatanmu dan Rasul-Mu. Terbitkanlah matahari semula untuknya." Asma’ menceritakan: "Aku nampak matahari telah pun terbenam. Kemudian aku nampak ia terbit semula selepas ia telah terbenam."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1784, hadis nombor 8982. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أسماء بنت عميس – رضي الله عنها – أن النبي ﷺ صلى الظهر بـ(الصهباء)، ثم أرسل علياً -عليه السلام- في حاجة، فرجع وقد صلى النبي ﷺ العصر، فوضع النبي ﷺ رأسه في حجرعلي فنام، فلم يحركه حتى غابت الشمس، فقال النبي ﷺ: «اللهم إن عبدك علياً احتبس نفسه عن نبيك، فرد عليه شرقها». قالت أسماء: فطلعت الشمس حتى وقعت على الجبال، وعلى الأرض، ثم قام علي فتوضأ وصلى العصر، ثم غابت، وذلك في (الصهباء). (وفي رواية): كان رسول اللہ ﷺ يوحى إليه ورأسه في حجر علي، فلم يصل العصر حتى غربت الشمس، فقال رسول اللہ ﷺ: «صليت يا علي؟» قال: لا، فقال رسول الله ﷺ: «اللهم إنه كان في طاعتك وطاعة رسولك فاردد عليه الشمس». قالت أسماء، فرأيتها غربت، ثم رأيتها طلعت بعدما غريت،.[الطحاوي في «المشكل»، «الضعيفة، (971)].

(Palsu) Daripada Asma’ binti ‘Umais RA menceritakan bahawa Nabi SAW menunaikan solat Zohor di al-Sahba’. Kemudian baginda mengutuskan ‘Ali untuk sesuatu hajat. Ketika dia pulang semula, Nabi SAW telah pun menunaikan solat Asar. Kemudian Nabi SAW meletakkan kepalanya pada riba ‘Ali lalu tidur. ‘Ali langsung tidak menggerakkan ribanya sehinggalah matahari mula tenggelam. Nabi SAW berdoa: “Ya Allah, hambamu ‘Ali melindungi Nabi-Mu dengan dirinya, kembalikanlah matahari ke timur semula (supaya ‘Ali RA sempat menunaikan solat Asar)." Asma’ berkata, matahari terangkat balik ke atas bukit dan ‘Ali segera berwuduk lalu menunaikan solat Asar. Selepas itu matahari terbenam semula. Ini berlaku di al-Sahba’. Dalam riwayat lain: Rasulullah SAW telah diwahyukan kepadanya ketika kepalanya di atas riba ‘Ali. ‘Ali tidak menunaikan solat Asar sehingga terbenam matahari. Rasulullah SAW bertanya (kepada ‘Ali): "Adakah engkau sudah solat wahai ‘Ali?" Jawabnya: "Belum lagi." Maka Rasulullah SAW berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya dia berada dalam ketaatanmu dan Rasul-Mu. Terbitkanlah matahari semula untuknya." Asma’ menceritakan: "Aku nampak matahari telah pun terbenam. Kemudian aku nampak ia terbit semula selepas ia telah terbenam." [Riwayat al-Tahawi dalam al-Musykil. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 971]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs