Nabi SAW menunaikan solat sunat malam sebanyak 16 rakaat tidak termasuk solat wajib.

TEKS BAHASA ARAB

‌كان يصلي من الليل ست عشرة ركعة سوى المكتوبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW menunaikan solat sunat malam sebanyak 16 rakaat tidak termasuk solat wajib.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1160, hadis nombor 5866. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(منكر) عن علي رضي الله عنه قال: كان يصلي من الليل ست عشرة ركعة سوى المكتوبة. [عم، الضعيفة (6231)]

(Munkar) Daripada Ali RA telah berkata: Adalah Nabi SAW menunaikan solat sunat malam sebanyak 16 rakaat tidak termasuk solat wajib. [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6231]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.