Nabi SAW menjilat jari-jemari Baginda sebanyak tiga kali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يلعق أصابعه ثلاثا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW menjilat jari-jemari Baginda sebanyak tiga kali.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1068, hadis nombor 5447. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن كعب بن مالك رضي الله عنه قال: كان يلعق أصابعه ثلاثًا. [ت في الشمائل، الضعيفة (5407)]

(Syaz) Daripada Ka‘ab bin Malik RA, beliau menceritakan: Nabi SAW kerap menjilat jari-jemari Baginda sebanyak tiga kali. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Shama’il. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5407)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.