Syaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يلعَقُ أصابِعَه ثلاثًا.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW menjilat jari-jemari Baginda sebanyak tiga kali.
Sahabat Perawi
- Ka‘b bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Syaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1068, hadis no. 5447. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ) عن كعب بن مالك رضي الله عنه قال: كان يلعق أصابعه ثلاثًا. [ت في الشمائل، الضعيفة (5407)]
(Syaz) Daripada Ka‘ab bin Malik RA, beliau menceritakan: Nabi SAW kerap menjilat jari-jemari Baginda sebanyak tiga kali. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Shama’il. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5407)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman