Nabi SAW mengkhabarkan tentang khalifah selepas baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يكون بعدي اثنا عشر خليفة: أبو بكر الصديق لا يلبث بعدي إلا قليلا، وصاحب وحى داره، يعيش حميدا ويموت شهيدا، قيل: من هو يا رسول الله؟! قال: عمر بن الخطاب رضي الله عنه، ثم التفت إلى عثمان فقال: وأنت سيسألك الناس أن تخلع قميصا كساك الله عز وجل، والذي نفسي بيده! لئن خلعته، لا تدخل الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Akan datang selepasku 12 orang khalifah: Abu Bakr al-Siddiq tidak akan kekal selepasku kecuali sebentar, dan orang yang memusingkan alat kisar tepung di rumahnya, dia hidup dengan mulia dan mati sebagai seorang syahid.” Dikatakan: Siapakah dia wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Umar bin al-Khattab RA” kemudian baginda berpaling kepada Uthman dan berkata: “Engkau juga akan diminta oleh manusia untuk menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan kepada kamu. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Jika engkau menanggalkannya, engkau tidak akan masuk syurga sehingga unta memasuki lubang jarum.”

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 859, hadis nombor 4392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن عمرو-رضي الله عنهما- يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:((يكون بعدي اثنا عشر خليفة: أبو بكر الصديق لا يلبث بعدي إلا قليلا، وصاحب رحى داره، يعيش حميدا ويموت شهيدا، قيل: من هو يا رسول الله؟! قال: عمر بن الخطاب رضي الله عنه، ثم التفت إلى عثمان فقال: وأنت سيسألك الناس أن تخلع قميصا كساك الله عز وجل، والذي نفسي بيده! لئن خلعته، لا تدخل الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط)). [طب، ((الضعيفة)) (6556)].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang selepasku 12 orang khalifah: Abu Bakr al-Siddiq tidak akan kekal selepasku kecuali sebentar, dan orang yang memusingkan alat kisar tepung di rumahnya, dia hidup dengan mulia dan mati sebagai seorang syahid.” Dikatakan: Siapakah dia wahai Rasulullah? Baginda bersabda: “Umar bin al-Khattab RA” kemudian baginda berpaling kepada Uthman dan berkata: “Engkau juga akan diminta oleh manusia untuk menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan kepada kamu. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Jika engkau menanggalkannya, engkau tidak akan masuk syurga sehingga unta memasuki lubang jarum.”
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6556]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.