Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يكونُ بعدي اثنا عشرَ خليفةً: أبو بكرٍ لا يَلبثُ بعدي إلا قليلًا، وصاحبُ رَحَى دارِهِ، يعيشُ حميدًا ويموتُ شهيدًا، قيلَ من هوَ يا رسولَ اللهِ؟ قال: عمرُ بنُ الخطابِ رضي اللهُ عنهُ، ثم التفتَ إلى عثمانَ فقال: وأنتَ سيسألُكَ الناسُ أن تخلعَ قميصًا كساكَ اللهُ عزَّ وجلَّ، والذي نفسي بيدِه، لئنْ خلعتهُ، لا تدخلُ الجنةَ حتى يلجَ الجملُ في سَمِّ الخِيَاطِ.
Teks Bahasa Melayu
“Akan datang selepasku 12 orang khalifah: Abu Bakr al-Siddiq tidak akan kekal selepasku kecuali sebentar, dan orang yang memusingkan alat kisar tepung di rumahnya, dia hidup dengan mulia dan mati sebagai seorang syahid." Dikatakan: Siapakah dia wahai Rasulullah? Baginda bersabda: "Umar bin al-Khattab RA" kemudian baginda berpaling kepada Uthman dan berkata: "Engkau juga akan diminta oleh manusia untuk menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan kepada kamu. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Jika engkau menanggalkannya, engkau tidak akan masuk syurga sehingga unta memasuki lubang jarum.”
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 859, hadis no. 4392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمرو-رضي الله عنهما- يقول: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:((يكون بعدي اثنا عشر خليفة: أبو بكر الصديق لا يلبث بعدي إلا قليلا، وصاحب رحى داره، يعيش حميدا ويموت شهيدا، قيل: من هو يا رسول الله؟! قال: عمر بن الخطاب رضي الله عنه، ثم التفت إلى عثمان فقال: وأنت سيسألك الناس أن تخلع قميصا كساك الله عز وجل، والذي نفسي بيده! لئن خلعته، لا تدخل الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط)). [طب، ((الضعيفة)) (6556)].
(Munkar) Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang selepasku 12 orang khalifah: Abu Bakr al-Siddiq tidak akan kekal selepasku kecuali sebentar, dan orang yang memusingkan alat kisar tepung di rumahnya, dia hidup dengan mulia dan mati sebagai seorang syahid." Dikatakan: Siapakah dia wahai Rasulullah? Baginda bersabda: "Umar bin al-Khattab RA" kemudian baginda berpaling kepada Uthman dan berkata: "Engkau juga akan diminta oleh manusia untuk menanggalkan pakaian yang telah Allah pakaikan kepada kamu. Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya! Jika engkau menanggalkannya, engkau tidak akan masuk syurga sehingga unta memasuki lubang jarum.” [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6556].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman