Nabi SAW mengajarkan doa ketika ditimpa dukacita dan kebimbangan kepada Ali RA

TEKS BAHASA ARAB

يا علي! ألا أعلمك دعاءً إذا أصابك غم أو هم تدعو به ربك؛ فيستجاب لك بإذن الله، ويفرج عنك؛ توضأ وصل ركعتين، واحمد الله، وأثن عليه، وصل على نبيك، واستغفر لنفسك وللمؤمنين والمؤمنات، ثم قل: اللهم! أنت تحكم بين عبادك فيما كانوا فيه يختلفون، لا إله إلا الله العلي العظيم، لا إله إلا الله الحليم الكريم، سبحان الله رب السماوات السبع ورب العرش العظيم، الحمد لله رب العالمين، اللهم! كاشف الغم، مفرج الهم، مجيب دعوة المضطرين إذا دعوك، رحمن الدنيا والآخرة ورحيمهما! فارحمني في حاجتي هذه بقضائها ونجاحها، رحمةً تغنيني بها عن رحمة من سواك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Ali! Tidakkah kamu mahu aku mengajarkan kepada kamu doa apabila kamu ditimpa dukacita atau kebimbangan yang mana jika kamu berdoa kepada Tuhan kamu dengannya nescaya akan dimakbulkankan dengan izin Allah, serta akan dilapangkan untuk kamu (daripada musibah). Berwudhu’lah dan tunaikan solat dua rakaat, bertahmidlah kepada Allah serta pujilah ke atas-Nya dan berselawat ke atas Nabimu, beristighfarlah buat dirimu dan juga untuk orang beriman lelaki dan juga wanita. Kemudian katakanlah: "Ya Allah! Kamu menghukum daripada kalangan hamba-Mu pada perkara yang mereka perselisihi akannya, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung, segala puji bagi Allah Tuhan yang mencipta tujuh langit dan Tuhan kepada arasy yang agung, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Ya Allah! Yang menghilangkan dukacita dan yang melapangkan kebimbangan, yang memakbulkan doa orang di dalam keadaan terdesak apabila mereka berdoa kepada-Mu, Yang Maha Pemurah di dunia dan akhirat serta Yang Maha Penyayang di dunia dan di akhirat. Rahmatilah aku pada hajatku ini dengan menunaikannya serta menjayakannya sebagai kerahmatan yang mencukupkan diriku daripada kerahmatan selain daripada-Mu.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1521, hadis nombor 7736. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يا علي! ألا أعلمك دعاءً إذا أصابك غم أو هم تدعو به ربك؛ فيستجاب لك بإذن الله، ويفرج عنك؛ توضأ وصل ركعتين، واحمد الله، وأثن عليه، وصل على نبيك، واستغفر لنفسك وللمؤمنين والمؤمنات، ثم قل: اللهم! أنت تحكم بين عبادك فيما كانوا فيه يختلفون، لا إله إلا الله العلي العظيم، لا إله إلا الله الحليم الكريم، سبحان الله رب السماوات السبع ورب العرش العظيم، الحمد لله رب العالمين، اللهم! كاشف الغم، مفرج الهم، مجيب دعوة المضطرين إذا دعوك، رحمن الدنيا والآخرة ورحيمهما! فارحمني في حاجتي هذه بقضائها ونجاحها، رحمةً تغنيني بها عن رحمة من سواك)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5287)].

(Munkar)
Daripada Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Wahai Ali! Tidakkah kamu mahu aku mengajarkan kepada kamu doa apabila kamu ditimpa dukacita atau kebimbangan yang mana jika kamu berdoa kepada Tuhan kamu dengannya nescaya akan dimakbulkankan buat kamu dengan izin Allah, serta akan dilapangkan untuk kamu (daripada musibah). Berwudhu’lah dan tunaikan solat dua rakaat, bertahmidlah kepada Allah serta pujilah Dia dan berselawat ke atas Nabimu, beristighfarlah buat dirimu dan juga untuk orang beriman lelaki dan juga wanita. Kemudian katakanlah: Ya Allah! Engkau menghukum daripada kalangan hamba-Mu pada perkara yang mereka perselisihi akannya, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung, segala puji bagi Allah Tuhan yang mencipta tujuh langit dan Tuhan kepada arasy yang agung, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Ya Allah! Yang menghilangkan dukacita dan yang melapangkan kebimbangan, yang memakbulkan doa orang di dalam keadaan terdesak apabila mereka berdoa kepada-Mu, Yang Maha Pemurah di dunia dan akhirat serta Yang Maha Penyayang di dunia dan di akhirat. Rahmatilah aku pada hajatku ini dengan menunaikannya serta menjayakannya sebagai kerahmatan yang mencukupkan aku daripada kerahmatan selain daripada-Mu. [Riwayat Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5287]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.