Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW menaiki mimbar dan menyebut Amin tiga kali

Teks Bahasa Arab

أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ارتَقَى عَلَى المِنبَرِ فأمَّنَ ثلاثَ مراتٍ، ثم قال: تَدرُونَ لِمَ أمَّنتُ؟ قَالُوا: اللَّهُ ورَسُولُه أعلمُ. قالَ: جَاءَنِي جِبريلُ -عليه السَّلامُ- فأَخبَرَنِي أَنَّه: من ذُكِرْتَ عندَه فلم يُصلِّ عليك؛ دَخَلَ النَّارَ، فأبعدَه اللهُ وأسحَقَه! فقُلتُ: آمين. ومَن أَدرَكَ وَالِدَيه أو أحدَهما فلم يبَرَّهما؛ دخل النَّارَ، فأبعدَه اللهُ وأسحَقَه، فقُلتُ: آمينْ. ومَن أَدرَكَ رَمَضَانَ فلم يُغفَرْ له؛ دخل النَّارَ، فأَبعَدَه اللَّهُ وأَسحَقََه! فقُلتُ: آمِينْ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW menaiki mimbar dan menyebut Amin tiga kali. Kemudian baginda bersabda: Adakah kalian tahu kenapa aku menyebutkan Amin? Lalu mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Dia berkata: Aku didatangi Jibrail AS lalu mengkhabarkan kepadaku bahawa: Sesiapa yang namamu disebutkan di sisinya, namun dia tidak berselawat kepadamu maka dia akan memasuki neraka lalu dia akan dijauhkan oleh Allah dan diazab. Lalu aku berkata: Amin. Sesiapa yang sempat bertemu dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka tetapi tidak berbuat baik kepada mereka berdua; dia akan memasuki neraka, dijauhkan oleh Allah dan diazab. Lalu aku berkata: Amin. Sesiapa yang sempat bertemu Ramadan tetapi tidak diampunkan; dia akan memasuki neraka, dijauhkan oleh Allah dan diazab. Lalu aku berkata: Amin.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 695, hadis no. 3570. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن النبي صلى الله عليه وسلم ارتقى على المنبر فأمن ثلاث مرات، ثم قال: ((تدرون لم أمنت؟)) قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: ((جاءني جبريل -عليه السلام- فأخبرني أنه: من ذكرت عنده فلم يصل عليك؛ دخل النار، فأبعده الله ‌وأسحقه! فقلت: آمين. ومن أدرك والديه أو أحدهما فلم يبرهما؛ دخل النار، فأبعده الله ‌وأسحقه، فقلت: آمين. ومن أدرك رمضان فلم يغفر له؛ دخل النار، فأبعده الله ‌وأسحقه! فقلت: آمين)). [طب، ((الضعيفة)) (٦٦٤٤)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA bahawa Nabi SAW menaiki mimbar dan menyebut Amin tiga kali. Kemudian baginda bersabda: “Adakah kalian tahu kenapa aku menyebutkan Amin?” Lalu mereka berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Dia berkata: “Aku didatangi Jibrail AS lalu mengkhabarkan kepadaku bahawa: Sesiapa yang namamu disebutkan di sisinya, namun dia tidak berselawat kepadamu maka dia akan memasuki neraka lalu dia akan dijauhkan oleh Allah dan diazab. Lalu aku berkata: Amin. Sesiapa yang sempat bertemu dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka tetapi tidak berbuat baik kepada mereka berdua; dia akan memasuki neraka, dijauhkan oleh Allah dan diazab”. Lalu aku berkata: Amin. Sesiapa yang sempat bertemu Ramadan tetapi tidak diampunkan; dia akan memasuki neraka, dijauhkan oleh Allah dan diazab. Lalu aku berkata: Amin”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6644]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.