Nabi SAW memuliakan al-Abbas sebagaimana seorang anak memuliakan bapanya

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يجل العباس إجلال الولد والده، خاصة خص الله العباس بها من بين الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW memuliakan al-Abbas sebagaimana seorang anak memuliakan bapanya. (Ia merupakan) satu ciri istimewa yang Allah khususkan kepada al-Abbas berbanding manusia yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 79, hadis nombor 385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – يجل العباس إجلال الولد والده، خاصة خص الله العباس بها من بين الناس)). [ك، ((الضعيفة)) (4264)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Nabi SAW memuliakan al-Abbas sebagaimana seorang anak memuliakan bapanya. (Ia merupakan) satu ciri istimewa yang Allah khususkan kepada al-Abbas berbanding manusia yang lain.
[Riwayat al-Ḥākim dalam Mustadrak . Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4264].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.