Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يجلُّ العباسَ إجلالَ الولدِ والدَهُ، خاصةً خَصَّ اللهُ العباسَ بها من بينِ الناسِ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW memuliakan al-‘Abbās sebagaimana anak memuliakan ayahnya. (Ia merupakan) Satu ciri yang Allah khususkan kepada al-‘Abbās berbanding manusia lain.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1849, hadis no. 9329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: ((كان ﷺ يجل العباس إجلال الولد والده، خاصة خص الله العباس بها من بين الناس)). [ك، ((الضعيفة)) (٤٢٦٤)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Nabi SAW memuliakan al-‘Abbās sebagaimana anak memuliakan ayahnya. (Ia merupakan) Satu ciri yang Allah khususkan kepada al-‘Abbās berbanding manusia lain. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4264]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman