Nabi SAW mempunyai sembilan orang isteri

TEKS BAHASA ARAB

كان للنبي ﷺ تسع نسوة، فقال يوما: خيركن أطولكن يدا. فقامت كل واحدة تضع يدها على الجدار! قال: لست أعني هذا، ولكن أصنعكن يدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW mempunyai sembilan orang isteri. Suatu hari, baginda bersabda: “Yang terbaik daripada kamu adalah yang paling panjang tangannya." Maka setiap seorang dari mereka bangun dan meletakkan tangan pada dinding (untuk mengukur). Baginda pun bersabda: “Bukan itu yang aku maksudkan, akan tetapi tangan yang paling banyak (bersedekah)."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1837, hadis nombor 9261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي برزة، قال: كان للنبي ﷺ تسع نسوة، فقال يوما: خيركنّ أطولكنّ يدا. فقامت كل واحدة تضع يدها على الجدار! قال: لست أعني هذا، ولكن أصنعكنّ يدين. [ع، خط، (الضعيفة) (3581)].

(Palsu) Daripada Abu Barzah berkata: Nabi SAW mempunyai sembilan orang isteri. Suatu hari, baginda bersabda: “Yang terbaik daripada kamu adalah yang paling panjang tangannya." Maka setiap seorang dari mereka bangun dan meletakkan tangan pada dinding (untuk mengukur). Baginda pun bersabda: “Bukan itu yang aku maksudkan, akan tetapi tangan yang paling banyak (bersedekah)." [Riwayat Abu Ya’la dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3581].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs