Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Nabi SAW memohon perlindungan daripada mati mengejut

Teks Bahasa Arab

كان -صلى الله عليه وسلم- يتعوَّذُ من موتِ الفجأةِ ، وكانَ يُعجبُهُ أنْ يمرضَ قبلَ أنْ يموتَ.

Teks Bahasa Melayu

Nabi SAW sentiasa memohon perlindungan daripada mati mengejut. Ini kerana, Baginda lebih suka untuk sakit terlebih dahulu sebelum meninggal dunia.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1758, hadis no. 8855. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة -رضي الله عنه- قال: ((كَانَ صلى الله عليه وسلم يَتَعَوَّذُ مِنْ مَوْتِ الْفَجْأَةِ، وَكَانَ يُعْجِبُهُ أَنْ يَمْرَضَ قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ)). [طب وفي ((مسند الشاميين))، ((الضعيفة)) (5549)].

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA beliau berkata: “Nabi SAW sentiasa memohon perlindungan daripada mati mengejut. Ini kerana, Baginda lebih suka untuk sakit terlebih dahulu sebelum meninggal dunia.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5549].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.