TEKS BAHASA ARAB
أنه كان يتعوذ من فتنة المشرق، قيل له: فكيف فتنة المغرب؟ قال: تلك أعظم وأعظم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya ketika mana Nabi SAW meminta perlindungan daripada fitnah timur, ditanyakan kepada Baginda: Bagaimana pula dengan fitnah barat? Baginda berkata: “Itu adalah lebih besar dan lebih besar.”
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1559, hadis nombor 7896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عصمة بن قيس السلمي، صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم، أن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه كان يتعوذ بالله من فتنة المشرق قيل له: فكيف فتنة المغرب؟ قال: ((تلك أعظم وأعظم)). [طب، ((الضعيفة)) (6029)]
(Lemah)
Daripada ‘Ismah Bin Qays al-Salami sahabat Rasulullah SAW: Sesungguhnya ketika mana Nabi SAW meminta perlindungan daripada fitnah timur, ditanyakan kepada Baginda: Bagaimana pula dengan fitnah barat? Baginda berkata: “Itu adalah lebih besar dan lebih besar.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6029]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.