Nabi SAW pernah berperang dengan (bantuan) kaum Yahudi lalu baginda memberi bahagian (harta ghanimah)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يغزو باليهود فيسهم لهم كسهام المسلمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW pernah berperang dengan (bantuan) kaum Yahudi lalu baginda memberi bahagian (harta ghanimah) untuk mereka seperti pembahagian kaum muslimin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 816, hadis nombor 4200. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الزهري: أن النبي -صلى الله عليه وسلم-: كان يغزو باليهود فيسهم لهم كسهام المسلمين.
[عب، ش، ت، أبو داود في ((المراسيل))، هق، ((الضعيفة)) (6091)].

(Lemah) Daripada al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah berperang dengan (bantuan) kaum Yahudi lalu baginda memberi bahagian (harta ghanimah) untuk mereka seperti pembahagian kaum muslimin.
[Riwayat Abd al-Razzaq dalam Musannaf, Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf, al-Tirmizi dalam Sunan, Abu Daud dalam al-Marasil, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6091]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.