Nabi SAW memegang tangan al-Hasan dan al-Husayn lalu bersabda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أخذ بيد الحسن والحسين فقال: من أحبني وأحبهما وأباهما وأمهما؛ كان معي في درجتي يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW memegang tangan al-Hasan dan al-Husayn lalu bersabda: “Sesiapa yang mencintaiku, kedua cucuku serta ayah dan ibu mereka, dia akan bersamaku sebaris dengan darjatku di hari kiamat nanti."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1833, hadis nombor 9243. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن علي -رضي الله عنه-: أن النبي ﷺ أخذ بيد الحسن والحسين فقال: من أحبني وأحبهما وأباهما وأمهما؛ كان معي في درجتي يوم القيامة. [ت، عم، أبو الشيخ في (الطبقات)، الدولابي في (الذرية الطاهرة)، خط، أبو نعيم في (الأخبار أصبهان)، (الضعيفة) (3122)].

(Munkar) Daripada Ali RA berkata, Nabi SAW memegang tangan al-Hasan dan al-Husayn lalu bersabda: “Sesiapa yang mencintaiku, kedua cucuku serta ayah dan ibu mereka, dia akan bersamaku sebaris dengan darjatku di hari kiamat nanti." [Riwayat al-Tirmizi, Abu Syeikh dalam al-Tabaqat, al-Dulabi dalam al-Zuriyyah al-Tohirah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3122]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.