Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - إذَا لَقِيَ أصحابَه لم يُصَافِحْهُمْ حَتَى يُسَلِّم عَلَيْهِمْ.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW apabila bertemu dengan para sahabat, Baginda tidak akan berjabat tangan dengan mereka sehingga Baginda memberi salam kepada mereka (terlebih dahulu).
Sahabat Perawi
- Jundub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis no. 377. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Jundub RA beliau berkata: Nabi SAW apabila bertemu dengan para sahabat, Baginda tidak akan berjabat tangan dengan mereka sehingga Baginda memberi salam kepada mereka (terlebih dahulu). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4211].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman