Nabi SAW memandang ke arah Ali kemudian baginda bersabda

TEKS BAHASA ARAB

نظر النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى علي فقال: ((يا علي! أنت سيد في الدنيا، سيد في الآخرة، حبيبك حبيبي، وحبيبي حبيب الله، وعدوك عدوي، وعدوي عدو الله، والويل لمن أبغضك بعدي)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW memandang ke arah Ali kemudian baginda bersabda: "Wahai Ali! Engkau ialah penghulu di dunia dan penghulu di akhirat. Kekasihmu ialah kekasihku. Kekasihku ialah kekasih Allah. Musuhmu ialah musuhku. Musuhku ialah musuh Allah. Neraka Wail bagi orang yang membencimu setelah ketiadaanku."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1886, hadis nombor 9498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: نظر النبي – صلى الله عليه وسلم – إلى علي فقال: ((يا علي! أنت سيد في الدنيا، سيد في الآخرة، حبيبك حبيبي، وحبيبي حبيب الله، وعدوك عدوي، وعدوي عدو الله، والويل لمن أبغضك بعدي)). [عد، خط، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4894)]

(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW memandang ke arah Ali kemudian baginda bersabda: "Wahai Ali! Engkau ialah penghulu di dunia dan penghulu di akhirat. Kekasihmu ialah kekasihku. Kekasihku ialah kekasih Allah. Musuhmu ialah musuhku. Musuhku ialah musuh Allah. Neraka Wail bagi orang yang membencimu setelah ketiadaanku." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Ḥakim dalam al-Mustadrak dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4894]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs