Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يا عليُّ! أنت سيدٌ في الدنيا، سيدٌ في الآخرةِ، حبيبُك حبيبي، وحبيبي حبيبُ اللهِ، وعدوُّك عدُوِّي، وعدُوِّي عدوُّ اللهِ، والوَيْلُ لمن أبغضك بعدي.
Teks Bahasa Melayu
Nabi SAW memandang ke arah Ali kemudian baginda bersabda: "Wahai Ali! Engkau ialah penghulu di dunia dan penghulu di akhirat. Kekasihmu ialah kekasihku. Kekasihku ialah kekasih Allah. Musuhmu ialah musuhku. Musuhku ialah musuh Allah. Neraka Wail bagi orang yang membencimu setelah ketiadaanku."
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1886, hadis no. 9498. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما-، قال: نظر النبي - صلى الله عليه وسلم - إلى علي فقال: ((يا علي! أنت سيد في الدنيا، سيد في الآخرة، حبيبك حبيبي، وحبيبي حبيب الله، وعدوك عدوي، وعدوي عدو الله، والويل لمن أبغضك بعدي)). [عد، خط، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4894)]
(Palsu) Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW memandang ke arah Ali kemudian baginda bersabda: "Wahai Ali! Engkau ialah penghulu di dunia dan penghulu di akhirat. Kekasihmu ialah kekasihku. Kekasihku ialah kekasih Allah. Musuhmu ialah musuhku. Musuhku ialah musuh Allah. Neraka Wail bagi orang yang membencimu setelah ketiadaanku." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Ḥakim dalam al-Mustadrak dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4894]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman