Nabi SAW memakaikan serban kepada pemimpin yang baru dilantik

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – لا يولي واليا حتى يعممه ويرخي لها عذبة من جانب الأيمن بحذو الأذن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW tidak melantik seorang wali (pemimpin) sehingga baginda memakaikannya serban dan memanjangkan hujung kain sebelah kanan sehingga paras telinga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1627, hadis nombor 8222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: ((كان – صلى الله عليه وسلم – لا يُوَلي والياً حتى يُعَمِّمُهُ ويُرْخِي لها عَذَبَةً من جانب الأيمن بِحَذْوِ الأذن)). [الدولابي، تمام، ((الضعيفة)) (4256)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW tidak melantik seorang wali (pemimpin) sehingga baginda memakaikannya serban dan memanjangkan hujung kain sebelah kanan sehingga paras telinga.
[Riwayat al-Dulabi, dan Tammam. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4256].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs