Nabi SAW memakai cincin pada jari kanan

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يتختم في يمينه ويقول: اليمين أحق بالزينة من الشمال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW apabila memakai cincin, baginda memakainya pada jari kanan baginda dan baginda bersabda: ((Kanan lebih berhak untuk dipakaikan perhiasan berbanding kiri.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1630, hadis nombor 8241. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالتْ: ((كان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يتختم في يمينه ويقول: اليمين أحق بالزينة من الشمال)). [أبو الشيخ في ((أخلاق النبي))، ((الضعيفة)) (5408)].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA beliau berkata: Nabi SAW apabila memakai cincin, baginda memakainya pada jari kanan baginda dan baginda bersabda: ((Kanan lebih berhak untuk dipakaikan perhiasan berbanding kiri.))
[Riwayat Abu al-Shaykh dalam Akhlak al-Nabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5408].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs