TEKS BAHASA ARAB
اكتحل صلى الله عليه وسلم وهو صائم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW memakai celak ketika berpuasa.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1636, hadis nombor 8275. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها-، قالتْ: ((اكتحل صلى الله عليه وسلم وهو صائم)). [هــ، طص، عد، ((الضعيفة)) (6108)]
(Lemah)
Daripada Aisyah RA beliau berkata: Nabi SAW memakai celak ketika berpuasa.
[Riwayat Ibn Majah dalam sunannya, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Ṣaghīr dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ Libnī ‘Adī. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6108].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.