TEKS BAHASA ARAB
مر نبي الله صلى الله عليه وآله وسلم على قبور نساء من بني النجار هلكوا في الجاهلية ، فسمعهم يعذبون في القبور في النميمة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW melintasi kubur-kubur para wanita dalam kalangan Bani al-Najjar yang telah meninggal dunia ketika jahiliyyah. Lalu Baginda mendengar mereka diazab di dalam kubur kerana mengadu domba.
STATUS
Munkar dengan lafaz: ‘wanita’ dan ‘mengadu domba’
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 581, hadis nombor 2987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: (النساء) و: (النميمة)) عن جابر – رضي الله عنه-، قال: ((مَرَّ نبيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ عَلَى قُبُورِ نِسَاءٍ مِنْ بَنِي النَّجَّارِ هَلَكُوا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَسَمِعَهُمْ يُعَذَّبُونَ فِي الْقُبُورِ فِي النَّمِيمَةِ)). [((الضعيفة)) (6946)].
(Munkar dengan lafaz: ‘wanita’ dan ‘mengadu domba’) Daripada Jabir RA berkata: Nabi SAW melintasi kubur-kubur para wanita dalam kalangan Bani al-Najjar yang telah meninggal dunia ketika jahiliyyah. Lalu Baginda mendengar mereka diazab di dalam kubur kerana mengadu domba. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6946].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.