Nabi SAW melihat Aisyah RA di sisi kedua orang tuanya sebelum baginda SAW menggaulinya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "أن النبي صلى الله عليه وسلم اجتلى عائشة عند أبويها قبل أن يبني بها


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Adalah Nabi SAW melihat Aisyah RA di sisi ibubapanya sebelum baginda SAW menggaulinya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 126, hadis nombor 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن ابن عمر مرفوعا وفي إسناده: القاسم بن عبد الله بن عمر بن عبد الله بن دينار وهو كذاب.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Ibn Umar secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) sedangkan pada sanadnya terdapat perawi bernama al-Qasim bin Abdillah bin Umar bin Abdillah bin Dinar seorang pendusta.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs